Up All Night - One Direction
Aku tak suka K-POP
Saturday, February 11, 2012 | 4:35 PM | 0 comments


hey there.Follow tittew tau :).Tengok tajuk kat atas.Kenapa 'Aku Tak Suka K-POP?'.haha.Aku tak suka K-pop sebab lagu tak sedap.Aku tahu kau suka K-POP.Kau tahu ke diorang lirik yang diorang nyanyi?.Tak tahu kan?.Kot-2 dia perli-2 Agama islam ke.Itu yang aku tak suka K-POP.Kalau ah aku boleh tau apa yang diorang nyanyi.kan?.lalala~

K BYE.
Layan lagu :)
| 4:13 PM | 0 comments

Hey Disana.Selamat Datang kat Blog ni.Jangan Lupa Follow tau ;).Haa, hari ni nak Cerita pasal 'Layan Lagu'.Layan lagu?Lagu apa tu?HAHA^-^.Kita layan Lagu BALADA SELAWAT.http://www.youtube.com/watch?v=yiUvqhseKVE.Sedap tau lagu dia.Tenang Hati kita.Dalam banyak-2 orang dalam tu 'Suffian Amrin' kita suka :).Haha lupakan :P.LALALA~ Layan je la Gambar dia :D


Okay paipai :D
Perempuan suka lelaki macam mana?
Saturday, January 21, 2012 | 8:39 PM | 0 comments

Perempuan suka lelaki yang kelakar. Ya, kebanyakkan kawan-kawan perempuan aku suka berkawan dengan lelaki yang kelakar.

Perempuan tidak suka lelaki yang poyo. Bajet handsome, bercakap pun nak kena atur satu persatu ayat. Kalau zaman 60an dulu boleh lah, ayat nak kena susun elok-elok.

Perempuan suka lelaki yang smart. Tapi ada jugak perempuan yang suka lelaki selekeh. Pelik jugak tu. Tapi yang pasti perempuan paling anti dengan lelaki yang pengotor.

Perempuan suka lelaki yang soft spoken. Hati perempuan kan lembut. Kasar macam mana perempuan itu sekalipun, hati diorang selembut sutera asli tahu?

Perempuan tidak suka dengan lelaki yang panas baran. Kaki pukul dan seangkatan dengannya. Kalau perempuan tu jenis minah rempit, bohsia dan seangkatan dengannya mungkin diorang minat kot dengan lelaki yang macam ni.

Perempuan sukakan lelaki yang caring. Kalau boleh setiap masa diorang nak sentiasa bersama. Kalau masing-masing berada jauh pulak, perempuan sentiasa mahukan boyfriend diorang call, text, chat, ym, skype sepanjang masa.

Perempuan suka lelaki yang romantik. Kalau korang nak tahu apakah dia pengertian romantik, korang boleh refer video Aziz Hazmi di laman youtube. Bagi aku, Aziz Hazmi merupakan lelaki yang romantik. Serius.

Perempuan suka lelaki yang memahami.

Perempuan tidak suka lelaki yang cerewet. Kalau perempuan cerewet, lelaki pun cerewet, macam mana tu? Dua-dua tak reti nak mengalah.

Perempuan suka lelaki yang kacak. Tapi zaman sekarang ni dah tak ramai perempuan yang minat lelaki kacak sebab selalunya lelaki kacak ni playboy. Betul ke? Eh, aku tak playboy pun. HAHA =.=

Kalau perempuan itu jenis materialistik, haruslah lelaki pilihan diorang ialah kaya-raya, ada kerja yang tetap, aset tetap. Tapi, aku rasa zaman globalisasi ni semua perempuan materialistik. Ingat boleh hidup ke sekarang kalau tak ada duit?
Filem Ombak Rindu
Saturday, December 17, 2011 | 10:00 PM | 0 comments
Ombak Rindu yang diadaptasikan dari sebuah novel cinta nukilan novelis terkenal,Fauziah Ashari akan diarahkan oleh sutradara terkenal Osman Ali. Jika sebelum ini Sharad Sharaz sudah berjaya mengangkat Novel Lagenda Budak Setan ke filem, itulah juga yang cuba dilakukan oleh Osman Ali apabila dia menghasilkan karya terbarunya Filem Ombak Rindu.


Sinopsis Filem Ombak Rindu


Filem Ombak Rindu yang diadaptasikan daripada novel Ombak Rindu ini mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan, Izzah dan Hariz dari dua dunia yang berbezadan mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan. Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di K.L untuk dijadikan pelacur. Seorang pemuda, Hariz anak Datuk Sufiah, pemilik empayar perniagaan SUFIAH CEMERLANG telah mermbeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka.

Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri. namun selepas itu, hariz yang kasar dan panas baran telah jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan. hariz kemudian terpaksa menikahi Mila, kawan zaman persekolahannya setelah didesak oleh Datuk Sufiah dan Mila yang amat mencintainya. Semasa Hariz koma dihospital akibat kemalangan jalan raya, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar dari bungalow Hariz dan merampas telefon bimbit Izzah.

Setelah keluar dari hospital, Datuk Sufiah memberitahu Hariz yang Izzah telah menjalani hubungan dengan lelaki lain. Hariz yang marah telah memberitahu Izzah bahawa dia akan digantung tidak bertali semasa terserempak dengan Izzah di rumah pak Dollah, pemandu keluarga Datuk Sufiah. Izzah kemudian kembali ke kampungnya. Pak Dollah yang marah dengan Datuk Sufiah telah memecahkan rahsia bahawa hariz adalah anaknya yang telah diserahkan kepada suami Datuk Sufiah untuk dijadikan anak angkat serta memberitahu Hariz bahawa Izzah tidak bersalah. Hariz yang menyesal dan amat rindukan Izzah telah pergi ke kampung Izzah untuk memujuk supaya kembali kepangkuannya. Mila datang ke kampung Izzah dan menuntut cerai dari Hariz. Filem Ombak Rindu ini berakhir dengan Izzah dan Hariz menjalani hidup bahagia tanpa rahsia lagi.
Sinopsis Cerita SONGLAP ^__^
| 9:51 PM | 0 comments
Assalammualaikum,
Hari ni Sya nak tulis sinopsis Cerita Songlap,Ada orang kata best cerita ni,Aisyah Belum tengok lagi,Aisyah nak tengok kat TV.Tak tau la dia disiarkan bila.Kalau tengok sekali mesti nak tengok banyak lagi kan?

Berlatarkan bandar metropolitan Kuala Lumpur, SONGLAP mengikuti kisah dua adik-beradik – AM (Shaheizy Sam) dan AD (Syafie Naswip) yang melibatkan diri dalam sindiket penjualan bayi yang diuruskan oleh seorang wanita bergelar MAMA.

Kehidupan dua adik-beradik ini jauh berbeza; AM mengambil kesempatan dengan menggunakan business MAMA sebagai jalan pintas mendapatkan wang untuk kegiatan judinya, sementara AD mengimpikan kehidupan yang lebih baik dengan menyertai pertandingan tarian B-Boy.

AD mula menyedari impiannya mungkin tidak tercapai setelah kehilangan kawan karibnya RAZAK kepada kancah dadah dan melihat dengan matanya sendiri nasib gadis-gadis muda yang dijual kepada sindiket pemerdagangan manusia.

Apabila adik RAZAK, HAWA (Sara Ali), yang sedang hamil terjebak dengan sindiket ini, AD tidak boleh menutup mata kepada situasi ini lagi dan terpaksa berlumba dengan masa untuk menyelamatkan HAWA tanpa menyedari bapa Hawa, PAK DIN juga sedang mencari anaknya yang telah hilang. Akan tetapi, niat baik AD untuk menolong HAWA telah menggoyahkan hubungannya dengan AM, dan pergelutan mereka akhirnya mencecah tebing maut.

Berdepan dengan godaan dan pengkhianatan, dan dihambat samseng ganas di jalanraya, siapakah yang akan menang dalam pertaruhan nyawa antara dua saudara ini?

Sampai Di sini sahaja Miss Aisyah Menuls.Mweheheh Byee!^__^Assalammualaikum.

OLD POST »