
★DoMo Ya~~!
Latar belakangDomo, selaku watak utama, dihuraikan dalam laman web rasni
bahasa Inggeris sebagai "seekor makhluk aneh yang menetas dari sebiji telur."
[1] Nama "Domo" diperoleh ketika episod kedua rancangannya apabila seorang juruhebah TV berkata, "
doumo, konnichiwa"
(どうも、こんにちは, "doumo, konnichiwa"?), yang lebih kurang bermaksud, "Apa khabar di sana?", atau "Apa khabar, Domo?". Akhiran
kun pada "Domo-kun" ialah gelaran mesra yang sering dipakai apabila menyapa lelaki yang lebih muda. Makanan kegemaran Domo-kun ialah
gulai daging dan
ubi kentang, manakala dia paling benci
epal, gara-gara satu misteri yang belum terjawab dalam
DNA-nya. Domo-kun juga selalu
kembung apabila gementar atau marah.
[1] Domo tinggal dalam sebuah liang bawah tanah bersama
Usaji (うさじい, Usajii?) [2] [1], seekor arnab tua bijaksana yang gemar menonton televisyen dan minum teh hijau. Nama Usaji adalah
kata lakur perkataan usagi
(ウサギ, usagi?), (arnab), dan
jii-chan (じいちゃん, jii-chan?) (atuk). Usaji tidak gemar bahan-bahan "baharu" dan juga tidak ada telefon. Dari segi fesyen, Usaji lebih mementingkan bahan berbanding bentuk. Makanan kegemaran Usaji ialah
lobak, manakala dia paling tidak gemar makan "benda-benda yang tidak bererti."
Dalam liang itu juga didiami dua ekor
kelawar, iaitu si ibu bernama
Shinobu (しのぶ, Shinobu?)[2] dan anaknya
Morio (もりお, Morio?).
Satu lagi watak utama dalam siri cerita ringkas ini ialah seekor
wesel bernama
Tā-chan (たーちゃん, Tā-chan?) [2] [1]. Tā-chan yang berusia 17 tahun ini hendak menjadi jurugaya atau peragawati di
Tokyo dan selalu menggunakan teknologi (TV, telefon bimbit, dan kamera). Makanan kegemarannya ialah
aprikot dan
tart pudina, manakala
landak laut paling dijauhi seleranya.
[1] Nama Tā-chan berasal dari perkataan "
berbilang saluran"
(多チャンネル, tachanneru?) dalam penyiaran digitak.